Bagaimana Cara Untuk UGU?
- LANGKAH 1 :
Bawa rakan atau ahli keluarga anda bersama dokumen yang diperlukan (IC / Passport) berjumpa dengan Pengedar Sah ONEXOX.
- LANGKAH 2 :
Pengedar Sah ONEXOX akan daftarkan simkad rakan atau ahli keluarga anda, dan nombor telefon ONEXOX anda akan dijadikan sebagai UGU (User-Get-User).
- LANGKAH 3 :
Terima 6% ganjaran (dalam bentuk kredit atau tunai) setiap kali rakan atau ahli keluarga anda membuat tambah nilai!
Mekanisme Ganjaran:
- 6% ganjaran ke atas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn Bhd sahaja.
- Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
- Ganjaran terkumpul (RM1 dan ke atas sahaja) pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya di antara 16-20 haribulan (hari bekerja).
- Jumlah ganjaran di bawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
- Jumlah ganjaran RM50 dan ke atas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih.
- Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi bayaran insentif tunai.
- Maklumat perbankan mesti dikemaskini melalui daftar dan login ke portal Sahabat ONEXOX. Langkah-langkah:
Account Manager
->View Profile
-> Isi ruanganMaklumat Perbankan
-> klikKemaskini
Terma & Syarat UGU
- Program ini terbuka kepada para pelanggan ONEXOX sahaja.
- Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
- Pelanggan layak mendapat 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
- Tiada yuran atau caj tambahan dikenakan.
- Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan (IC) kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk pendaftaran.
- Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan sebagai UGU ketika pengedar mendaftarkan kenalannya.
- Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.