Setelah menerima sekatan dari Amerika, Android bertindak memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei. Bertindak dari itu, Huawei memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri yang dikenali sebagai Hongmeng. Hongmeng telah lama dibangunkan tapi tidak dihasilkan untuk memasuki pasaran, hanya kegunaan belakang tabir.
Menurut Huawei, sistem operasi yang mengambil masa tujuh tahun untuk dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya dikatakan 60 kali lebih laju dari Android. Menurut Ren Zhengfei, sistem berkenaan akan tersedia untuk dimuat turun pada Jun 2019. lebih hebat lagi, setelah mengadakan perbincangan, dengan Apptoide, alternatif kepada Google Play. Hongmeng dikatakan mampu untuk menjalankan aplikasi Android pada peranti mereka. Terdapat khabr angin yang mengatakan bahawa ia juga turut mampu menjalankan aplikasi IOS.
Android akan lebih bekerja keras untuk menandingi Hongmeng. Ini sudah pastinya akan berlaku persaingan yang sengit antara mereka dalam mengetuai pasaran.Sekiranya Hongmeng berjaya, kita akan menyaksikan revolusi dalam teknologi khususnya dalam pembangunan sistem operasi.