Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengumumkan bakal melancarkan sistem operasi baharunya, HarmonyOS untuk telefon pintar keluarannya bermula 2 Jun depan.
Sistem operasi HarmonyOS pada produk seperti skrin serta jam tangan pintar dan dijangka diperluaskan kepada lebih banyak lagi peranti pada masa akan datang.
HarmonyOS, atau Hongmeng dalam bahasa Mandarin bermaksud sistem operasi yang direka untuk pelbagai peranti dan senario, serta julung kalinya dihasilkan bagi peranti Internet Kebendaan (IoT).
Dalam perkembangan lain, Huawei menjangkakan jumlah peranti yang dilengkapi sistem operasi HarmonyOS mencecah 300 juta menjelang akhir 2021, termasuk lebih 200 juta untuk peranti Huawei sendiri.
Tags
Huawei