Xiaomi Mungkin Memperkenalkan Siri Xiaomi 12 Pada Penghujung Disember


Xiaomi yang sebelum ini menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar dengan cip mercu Snapdragon, kini diperkatakan akan hanya memperkenalkan telefon pintar Xiaomi 12 pada penghujung Disember kelak.

Ia tidak diketahui sebab disebaliknya, tetapi perkara ini menjadikan Xiaomi mungkin bukan jenama pertama menawarkan peranti dengan cip mercu terbaru Snapdragon.

Sebaliknya, kini ia diperkatakan Motorola mungkin menjadi terawal memperkenalkan penawaran mereka, dikenali Moto Edge X.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!