Bermula Seawal Julai Ini Ujian Beta One UI 5.0 Berasaskan Android 13

Bermula Seawal Julai Ini Ujian Beta One UI 5.0 Berasaskan Android 13

Google sudah pun menguji Android 13 dan dijangka akan menjadi stabil dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Android 13 setakat ini hanya boleh diuji oleh peranti Pixel sahaja. Walaupun kod sudah ada, pengeluar peranti lain masih belum memperlihatkan versi Android 13 masing-masing.

Samsung kini sedang membangunkan One UI 5.0 berasaskan Android 13. Ujian beta untuk One UI 5.0 ini mungkin akan bermula sekitar bulan Julai akan datang. Android 13 mungkin akan terhad untuk beberapa telefon pintar, kerana Android 12L akan digunakan terlebih dahulu untuk peranti terpilih mereka.

Samsung juga masih sedang membangunkan One UI 4.1.1 sebagai persediaan sebelum ke One UI 5.0. Jika kita ikuti trend Samsung, negara dan peranti terpilih akan dapat evrsi beta sekitar hujung tahun 2022 atau paling awal pada awal 2023. Butiran lanjut masih belum diketahui, sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!