Frederik Kuda Paling Tampan Di Dunia



Seekor kuda di Amerika Syarikat, Frederik The Great, diiktiraf sebagai kuda paling tampan di dunia kerana memiliki susuk badan yang tegap, berambut panjang dan warna hitam menawan.

Kuda ini juga pantas berlari.

Kuda ini diberikan nama Frederik sempena nama seorang pemimpin daripada Rusia yang memerintah dari tahun 1740 sehingga 1786.

Oleh kerana kuda ini amat tampan maka tidak menghairankan jika dipenuhi jadual yang ketat kerana perlu membintangi banyak jenis iklan.

Pendapatan Frederik USD$25,000 sebulan.

Stacy Nazario, pemilik Frederik telah membeli kuda tersebut pada tahun 2007 membawanya ke Amerika Syarikat daripada Eropah.

Populariti Frederik bermula apabila Stacy menjemput seorang jurugambar profesional untuk mengambil gambar aksi Frederik.

Dan ketika diambil gambar, lagak Frederik bila berposing seolah-olah seperti seorang model.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!