Huawei Nova Y70 Plus Dengan Bateri 6000mAh Dan Kamera 48MP


Huawei hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri Nova. Tubuhnya dilengkapi panel belakang denga sistem tri-kamera, sementara itu skrin hadapan pula sejenis bertakuk kecil.


Huawei Nova Y70 Plus dilengkapi skrin sebesar 6.75-inci. Ia kemudiannya, dipadankan dengan memori sebesar 4GB RAM, storan dalaman mencapai 128GB dan menjalankan EMUI 12. Bateri pula sebesar 6000mAh dengan pengecasan 22.5W, kemudian tetapan kamera utama pula terdiri dengan 48MP + 5MP + 2MP.



Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan seperti Crystal Blue, Pearl White dan Mignight Black. Namun buat masa ini, peranti dilihat sekadar disenaraikan sahaja tanpa sebarang maklumat lanjut berkaitan harga yang ditemui.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!