Multisearch Pada Google Lens Untuk Keputusan Carian Lebih Tepat

 

Multisearch Pada Google Lens Untuk Keputusan Carian Lebih Tepat
Google Lens ialah antara enjin carian yang saya rasakan seperti sihir. Beberapa bulan yang lau anak saya mencari nama patung Beany Babies yang telah tercabut tag namanya. Saya ambil gambar menggunakan kamera dan kemudian dengan Lens berjaya mencari nama permainan tersebut sepantas kilat. Spesis serangga dan bunga juga boleh dicari dengan cara yang sama.

Multisearch Pada Google Lens Untuk Keputusan Carian Lebih Tepat

Google memperkenalkan pula ciri baharu Multisearch pada Lens yang akan meningkatkan lagi ketepatan carian yang diberikan. Menurut Google sekiranya carian baju berdasarkan satu gambar dilakukan, pengguna boleh menambah konteks warna pada kotak carian untuk mencarinya dalam warna berbeza. Jika carian set minuman teh pula dicari, pengguna boleh menambah konteks lain untuk mencari pula alas meja yang berpadanan.

Ciri Multisearch pada waktu ini hanya boleh diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris dengan ia akan dikembangkan kepada semua di masa akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!