MySejahtera Padam Data Daftar Masuk Lokasi Selepas 90 Hari

MySejahtera Padam Data Daftar Masuk Lokasi Selepas 90 Hari

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia berkongsi berkenaan dengan penggunaan aplikasi MySejahtera. Salah satu perkara yang disentuh adalah termasuk berkenaan dengan pengurusan data.

Data-data daftar masuk lokasi yang dikumpulkan melalui aplikasi MySejahtera dipadam selepas 90 hari. Disamping itu, sekiranya pengguna memilih untuk memadam profil MySejahtera, ia juga akan dipadamkan terus dari pelayan.

MySejahtera digunakan untuk pemantauan kontak rapat  dan pengguna perlu mengimbas kod QR MySejahtera apabila memasuki ke sesuatu premis. Data daftar masuk lokasi berkenaan disimpan untuk rujukan pengesanan kontak, dan dipadam sepenuhnya selepas tempoh 90 hari.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan yang mana data untuk aplikasi MySejahtera disimpan pada pelayan yang terletak di dalam negara.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!