Realme Pad Mini Dengan Skrin 8.7-inci, Dijana Cip Unisoc

Realme Pad Mini Dengan Skrin 8.7-inci, Dijana Cip Unisoc

Realme telah memperkenalkan satu lagi tablet dibawah penawaran mereka, dengan saiz mesra dipegang sebelah tangan, iaitu Realme Pad Mini.

Realme Pad Mini hadir dengan skrin LCD bersaiz 8.7-inci, dan dijana dengan cip Unisoc T616 sama seperti cip yang menjana Realme C35 sebelum ini.

Realme Pad Mini Dengan Skrin 8.7-inci, Dijana Cip Unisoc

Turut hadir dengan pilihan memori sehingga 4GB RAM, serta storan sehingga 64GB. Realme menyertakan bateri 6400mAh dengan pengecasan 18W bersama dengannya. Realme Pad Mini ini menggunakan kamera 8-megapixel dibelakang, selain kamera 5-megapixel dihadapan.

Melengkapkan ia juga adalah antaramuka khusus dinamakan Realme UI for Pad.

Buat masa ini, ia telah diperkenalkan di Filipina. Tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran tempatan.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!