Tidak Akan Pengganti MIX 4, Tetapi MIX Fold 2 Mungkin Akan Melancarkan Kelak

Tidak Akan Pengganti MIX 4, Tetapi MIX Fold 2 Mungkin Akan Melancarkan Kelak

MIX 4 adalah peranti Xiaomi yang cukup menarik. Rekaan yang unik, prestasi yang dahsyat, kemampuan kamera yang memuaskan, pengecasan pantas dan peranti kekal sejuk di tangan kerana sistem penyejukan yang hebat.

MIX 4 ini tidak akan ada pengganti tahun ini. Ice Universe mendakwa yang MIX 5 tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Walaupun begitu Xiaomi mungkin akan melancarkan MIX Fold baharu pada tahun ini. 

MIX Fold adalah peranti dengan skrin boleh-lipat pertama daripada Xiaomi. Ia juga menggunakan ISP tersendiri Surge C1, lensa cecair dan banyak lagi ciri menarik. Ia juga dijual pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing.

MIX Fold 2 akan datang dikatakan akan menggunakan skrin 8.1-inci dan kaca UTG daripada Samsung. Laporan lai menyatakan yang peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, resolusi skrin 2.5K LTPO, kesan lipatan yang kurang dan rekaan serba baharu.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Jun akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!