WhatsApp Akan Memudahkan Pengguna Berbual Dengan Nombor Yang Tidak Disimpan Dalam Kenalan

WhatsApp Akan Memudahkan Pengguna Berbual Dengan Nombor Yang Tidak Disimpan Dalam Kenalan

WhatsApp menguji kemudahan untuk menghantar mesej kepada nombor atau kenalan yang tiada dalam buku alamat.


Sekiranya anda ingin menghantar mesej kepada sesuatu nombor yang dikongsikan melalui WhatsApp, anda akan diminta untuk menambah nombor berkenaan pada buku alamat terlebih dahulu. Malah, sekiranya nombor berkenaan ditekan melalui aplikasi WhatsApp, ia sekadar memberikan pilihan untuk membuat panggilan suara menggunakan selular sahaja.


WhatsApp Akan Memudahkan Pengguna Berbual Dengan Nombor Yang Tidak Disimpan Dalam Kenalan

Perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi. Melalui WABetaInfo, WhatsApp dilihat turut menyertakan pilihan permesejan apabila anda tap atau tekan pada sesuatu nombor yang dikongsikan melalui aplikasi permesejan berkenaan.


Baca Juga:


Langkah ini sekaligus membolehkan anda menghantar mesej terus tanpa perlu menambah nombor berkenaan sebagai kenalan baharu pada buku alamat.


Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan mungkin diperkenalkan tidak lama lagi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!