WhatsApp Menguji Ciri Reaksi Dan Lebih Banyak Pilihan Emoji

WhatsApp Menguji Ciri Reaksi Dan Lebih Banyak Pilihan Emoji

Ciri memberi reaksi emoji pada WhatsApp masih lagi sedang dibangunkan dan berada dalam fasa ujian. Buat masa ini, hanya pengguna WhatsApp versi beta terpilih sahaja dapat mencubanya ataupun mereka yang mengaktifkan sendiri secara manual melalui proses modifikasi.

Segelintir pengguna biasa seperti pada Android dan iOS boleh melihat reaksi yang diterima. Mereka juga boleh tekan pada reaksi untuk melihat senarai pengguna lain yang menghantar reaksi itu.

WhatsApp sedang menambah ciri yang membenarkan pengguna menambah sendiri emoji yang diingini untuk memberi reaksi pada setiap bebuih mesej. Ini adalah sama dengan ciri memberi reaksi dalam DM pada Instagram.

Apabila mesej ditekan untuk beberapa saat, akan ada senarai pilihan emoji dan ikon “+” untuk memilih lebih banyak pilihan emoji. Bila ia akan diedarkan, masih belum tahu. Setakat ini hanya pengguna Android terpilih sahaja dilihat boleh menghantar reaksi ini.

Sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!