Oppo Enco X2

Oppo Enco X2

Oppo Enco X2 telah diperkenalkan dengan pembatalan hingar aktif dan rakaman audio Dolby. Ia juga merupakan set fon telinga nirwayar dengan tubuh bertangkai dan pod pengecasan berbentuk bujur.


Bagi yang berminat, ia boleh didapati pada RM799 dengan beberapa pilihan warna seperti Black dan White. Anda boleh mendapatkannya bermula hari ini menerusi beberapa saluran berbeza seperti Lazada, Shopee dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo Enco X2

Oppo Enco X2 merupakan fon telinga nirwayar yang menyokong pembatalan hingar aktif bersama tiga mikrofon terbina. Selain daripada itu, ia turut dilengkapi pemandu audio bersaiz 11mm dan CODED audio LHDC / AAC / SBC turut disokong. Dengan sekali caj Oppo Enco X2 boleh berfungsi sehingga 40 jam secara berterusan.

Pengecasan semula dilakukan menggunakan dua kaedah, sama ada berwayar mengguna port USB-C atau nirwayar pada pad pengecasan atau peranti pintar yang menyokongnya. Tidak ketinggalan, ia turut dibekalkan dengan penarafan kalis air IP54 bagi membolehkannya digunakan sewaktu bersenam.

Beli Disini : Beli Sekarang

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!