WhatsApp Sedang Menguji Ciri Menyimpan Mesej Yang Telah Hilang

WhatsApp Sedang Menguji Ciri Menyimpan Mesej Yang Telah Hilang

Ciri mesej menghilang pada WhatsApp mula diperkenalkan sejak dua tahun lalu, iaitu 2020. Ia adalah ciri yang sudah lama ada pada Telegram, di mana selepas mesej dihantar ia akan menghilang dengan sendiri tanpa meninggalkan kesan. Ciri ini berguna apabila ingin bersembang mengenai sesuatu yang rahsia atau privasi dan tidak ingin ada maklumat tertiris.

WhatsApp nampaknya ingin cuba sesuatu yang lain apabila satu ciri baru akan ditambah untuk dipadankan dengan ciri mesej menghilang ini. Menurut WABetaInfo, WhatsApp sedang menguji ciri menyimpan mesej yang telah menghilang.

WhatsApp Sedang Menguji Ciri Menyimpan Mesej Yang Telah Hilang

Ciri ini boleh dikatakan seakan ciri membintangkan mesej, di mana pengguna boleh memilih untuk simpan atau tidak. Ciri ini lebih berguna dalam WhatsApp Group, agar mesej yang akan menghilang sempat dibaca pada kemudian hari. Ciri yang digelar sebagai Kept Messages ini akan hadir ke semua platform desktop, iOS dan Android.

Ia kelak akan boleh diakses melalui bahagian informasi kenalan atau informasi kumpulan. Buat masa ini ia masih dalam fasa pembangunan dan tidak pasti versi beta mana akan diperkenalkan atau adakah ia akan diperkenalkan dalam versi stabil akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!