Xiaomi Mi Smart Band 7 Dengan Skrin Lebih Besar

Xiaomi Mi Smart Band 7 Dengan Skrin Lebih Besar

Xiaomi Smart Band adalah penjejak kesihatan popular daripada Xiaomi. Ia ringkas, padat dengan ciri dan fungsi seumpama jam tangan pintar dan dijual pada harga mampu milik. Smart Band atau Mi Band ini jugalah yang memulakan trend penjejak kesihatan sehinggakan jenama lain turut hadir dengan versi tersendiri.

24 Mei akan datang, Model terbaru produk ini iaitu Xiaomi Smart Band 7 atau nama di China yang diterjemah secara terus Xiaomi Band 7. Ia akan hadir dengan skrin lebih besar, iaitu 1.62-inci dan akan kekal menggunakan AMOLED. Saiz paparan ini adalah 25% lebih besar berbanding Xiaomi Smart Band 6.

Model kali ini lebih selesa di tangan dan akan mempunyai prestasi yang jauh lebih pantas. Sistem operasi pada penjejak kesihatan ini juga akan menggunakan rekaan antaramuka yang lebih lancar dan pantas serta akan menyokong integrasi dengan lebih banyak perkhidmatan untuk penyelarian data kesihatan.

Xiaomi Smart Band 7 akan menjadi penjejak kesihatan mereka yang paling berkuasa setakat ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!