Huawei Nova 10 Akan Dilancarkan

Huawei Nova 10 Akan Dilancarkan

Teka-teki, tarikh pelancaran rasmi untuk Huawei Nova 10 akhirnya didedahkan menerusi salah satu perkongsian terkini di Weibo. Ia dijadualkan berlangsung di China pada 4 Julai 2022.

Reka bentuk peranti turut diperlihatkan dengan panel belakang yang dilengkapi moduk kamera berbentuk bujur. Seterusnya, sistem tri-kamera digunakan padanya dan salah satu lensa dihiasi dengan gelung warna emas. Turut boleh dilihat, kamera utama 50MP yang menggunakan sensor RYYB turut disertakan pada peranti.

Konfigurasi untuk dua lagi sensor masih tidak diketahui buat masa ini. Seperti biasa, segala persoalan mengenai peranti bakal terjawab sepenuhnya selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!