Facebook Ubah Halaman Utama Aplikasi Seperti TikTok

Facebook Ubah Halaman Utama Aplikasi Seperti TikTok

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan perubahan pada aplikasi utama mereka, dimana kini Facebook akan mula memaparkan kandungan mengikut enjin penemuan secara algoritma pada halaman utama.

Ini adalah lebih kurang sama seperti apa yang dilakukan oleh TikTok pada halaman utama mereka, dimana kandungan dipaparkan secara rawak mengikut citarasa dan interaksi seseorang pengguna. 

Facebook Ubah Halaman Utama Aplikasi Seperti TikTok

Dengan langkah ini, pengguna boleh menemui lebih banyak kandungan yang sesuai untuk mereka terus pada aplikasi Facebook.

Selari dengan ini juga, Facebook memperkenalkan sebuah tab khusus dinamakan Feed. Melaluinya, pengguna boleh menemui pelbagai kemaskini semasa daripada rakan-rakan dan keluarga, secara kronologi.

Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada aplikasi Facebook bermula hari ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!