Google Meet Kini Boleh Menstrim Terus Ke YouTube

Google Meet Kini Boleh Menstrim Terus Ke YouTube

Google Meet mampu menjadi medan pertemuan atas talian untuk 500 peserta secara serentak. Ciri ini amat berguna ketika pandemik dengan banyak kelas misalnya dilakukan secara atas talian. Tetapi 500 masih angka yang rendah dalam sesetengah kes. Google kini memberikan pula ciri untuk menstrim sesi Google Meet terus ke YouTube.

Google Meet Kini Boleh Menstrim Terus Ke YouTube

Pilihan untuk menstrim perlu diaktifkan dari aplikasi Meet. Sebelum ini pengguna perlu melakukan permohonan kebenaran dari Google terlebih dahulu dengan ia akan diproses dalam masa 24 jam. Kerana sesi telah distrim ke YouTube, peserta kemudian boleh menonton semula selepas usai sesi yang disertai atau tertinggal.

Pada waktu ini hanya pelanggan Google Enterprise Starter, Enterprise Standard, Enterprise Plus, Education Plus, dan Teaching and Learning Upgrade sahaja boleh menggunakan ciri ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!