Nampaknya bukan sahaja Motorola sedang membangunkan telefon dengan kamera bersensor 200MP. Mengikut weibo terbaru, ia dikatakan pengeluar terkemuka dari China, Xiaomi turut sedang menyiapkan sebuah telefon dengan kamera bersensor 200-megapixel.
Ia tidak diketahui apakah model yang akan hadir dengan sensor tersebut.
Telefon sama turut dijangka dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1, menawarkan skrin pada kadar segar semula 120Hz, serta bateri 5000mAh.
Dipasaran pada hari ini, pihak Samsung sedia menawarkan sensor kamera 200-megapixel mereka yang mungkin digunakan oleh Motorola dan Xiaomi pada penawaran mereka.
Dengan kerjasama Xiaomi bersama Leica, selain pembangunan cip tersendiri untuk pengimejan, semestinya ramai yang kini menantikan telefon 200MP mereka ini.
Tags
Xiaomi