Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet Melalui iPhone

Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet Melalui iPhone

Apple telah pun memperkenalkan Apple Pay secara rasminya di Malaysia, membolehkan anda menambah kad kredit atau debit ke Apple Wallet, dan seterusnya menggunakan peranti seperti iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran.

Untuk menambah kad ke Apple Wallet, terlebih dahulu, buka atau lancarkan aplikasi Apple Wallet pada iPhone anda.

Seterusnya, pada penjuru atas kanan, tap pada ikon tambah, “+”. Sebaik sahaja selepas itu, pilih sama ada anda ingin menambah kad kredit atau debit. Daripada percubaan kami, kad Maybank boleh ditambah tanpa masalah, sementara beberapa kad keluaran bank lain masih belum aktif sepenuhnya.

Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet Melalui iPhone

Seterusnya, tekan “Continue”, dan pilih sama ada ingin memasukkan maklumat kad secara manual, atau hanya dengan mengimbas kad menggunakan kamera.

Bank akan menghantar pengesahan OTP, dan selepas itu, anda akan selesai menambah kad pembayaran anda ke Apple Wallet.

Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet Melalui iPhone
Selepas ia disahkan, anda sudah boleh menggunakan iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran di sebarang terminal yang menyokongnya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!