Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Pegang teguh dan redhalah atas sedikit yang kau miliki, hingga ketentuan nasib mencapai puncaknya, dan kau dibawa ke keadaan yang lebih tinggi. Kau akan ditempatkan di dalamnya, dan terjaga dari kekerasan duniawi ini, akhirat, kekejian dan kesesatan. Kemudian kau akan dibawa kepada yang mengenakan matamu. Ketahuilah bahawa bahagianmu takkan lepas darimu dengan pengupayaanmu terhadapnya, sedang yang bukan bahagianmu takkan kau raih walau kau berupaya keras. Maka dari itu, bersabarlah dan redhalah dengan keadaanmu. Jangan mengambil atau memberikan sesuatu pun sebelum diperintahkan.
|