Mutiara karya Syeikh Abdul Qadir Jailani
Jangan berkata: "Aku tak mahu memohon sesuatu kepada Allah, sebab bila yang kumohon itu telah ditentukan bagiku, tentu akan datang kepadaku, entah diminta atau tidak. Bila hal itu bukan bahagianku, Dia takkan memberikannya kepadaku, walau kuminta." Jangan. Mintalah kepada-Nya segala yang kau inginkan, asalkan yang kau minta itu tak terlarang dan tak merosak, sebab Allah telah memerintahkan kita untuk memohon kepada-Nya. Dia berfirman: "Mintalah kepada-Ku, nescaya akan Kukabulkan permintaanmu." (QS.40:60) "Mintalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa doamu diterima." "Berdoalah kepada Allah dengan kedua tapak tanganmu." |