Virul Di TikTok Remaja 17 Tahun Sudah Mampu Beli Penthouse

Virul Di TikTok Remaja 17 Tahun Sudah Mampu Beli Penthouse

Sepanjang tempoh pandemik akibat penularan virus Covid-19, Issey Moloney banyak berkongsi video mengenai pandangannya terhadap persekitaran semasa.


Awalnya, akaun TikTok Moloney hanya dipenuhi dengan kenalan rapat, namun kini beliau sudah lebih tiga juga pengikut media sosial tersebut.


"Apabila semakin ramai yang mula mengikuti, saya perlu lebih kreatif dan kerap memuat naik video. Jadi, perkara itu secara tidak langsung telah mengubah kehidupan saya.


"Saya kini agak kurang menghabiskan masa dengan rakan-rakan seperti kebanyakan remaja lain," katanya yang dipetik daripada media antarabangsa, Mirror.co.uk.


Remaja kelahiran England, United Kingdom itu memberitahu dirinya turut menerima kecaman.


"Mereka mengkritik saya bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi ia lebih kepada melihat usia saya yang muda membuatkan mereka boleh berkata apa sahaja.


"Kesilapan saya pula adalah kerap membalas komen negatif mereka. Sekiranya mereka mengatakan video saya tidak menarik atau bosan, saya akan cakap abaikan sahaja atau jangan menontonnya," luah beliau.


Susulan daripada usaha kerasnya, Moloney kini mampu menjana pendapatan dengan kerjasama produk dan bergantung 100 peratus kepada wangnya sendiri.


Beliau kini memiliki kehidupan mewah dan menetap di sebuah rumah jenis emper atau penthouse di London.


Dianggarkan harga sebuah penthouse di bandar tersebut sekitar lingkungan RM3.7 juta (£665,000) sehingga RM8.3juta (£1.5juta).


Rasanya, tak perlu belajar tinggi untuk kejar cita-cita.


Kalau kerja pun, pendapatan tak seberapa. Mungkin remaja itu berterus dengan media sosialnya kot, tetapi kenalah lebih kreatif kerana pesaing di luar sana memang ramai.

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!