~Ya Allah,AKU MAHU BERUBAH!!!~
Ya Allah,
Syukur atas nikmat pancaindera-Mu..
Dengan penglihatan..
Aku dapat melihat segala
Kekuasaan-Mu..
Mengagumi segala Kebesaran-Mu..
Namun,
Dengannya jualah..
Aku melakukan kemungkaran..
terhadap-Mu..
Menjerumuskan Diriku ke lembah dosa..
Melihat pada yang tidak sepatutnya..
Membuatkan diri ini alpa..
Saat hidayah-Mu tiba..
Seketika ku tersedar..
Mungkin belum terlambat..
Untukku pahatkan diri..
Bahawa..
AKU MAHU BERUBAH!!!
Ya Allah,
Jika dulu aku angkuh di bumi-Mu..
Alhamdulillah..
Hidayah-Mu mematahkan..
Keangkuhanku..
Membangun sifat malu..
Yang selama ini tersorok dalam diri..
Ku tundukkan pandanganku..
Yang selama ini meliar..
Ku timbulkan kekeliruan..
Pada teman-teman..
Ku tempis segala teguran sinis..
Ku tekadkan dalam kalbuku..
Bahawa..
AKU MAHU BERUBAH!!!
Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-Mu..
Terleka dengan duniawi..
terkadang ku abaikan ukhrawi..
SubhanAllah..
Sesungguhnya kekuasaan-Mu..
Yang paling Agung..
Kau sedarkanku di saat aku hanyut..
Masih tidak terlambat..
Untuk suatu perubahan..
Ku akur akan kekuasaan-Mu..
Lantas..
Ku laungkan dalam hatiku..
AKU MAHU BERUBAH!!!
Ya Allah,
Ku pohon hidayah-Mu..
Duhai Ayahanda dan Bonda..
Sahabat-sahabat..
Serta..
Teman-teman..
Bantulah daku..
Dalam mencari..
Cinta yang paling Agung..
Cinta Yang Esa..
Sesungguhnya..
AKU MAHU BERUBAH!!!







