Cinta Sejati

Cinta Sejati


Setiap kita adalah pengembara
Dalam perjalanan menuju yang esa
Baik dan jahat ditariknya jua
Pasti kembali dengan paksa
 
Orang yang buta terhadap tuhanya
Kembali itu tidak ia rela
Tapi bagi yang tahu hakikatnya
Kembalilah ia dengan rela
 
Orang yang buta terhadap tuhannya
Ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
Tapi orang yang celik terhadap rahsia tuhanya
Menyerahkan jiwanya kepada dia semata
 
Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
Cantik atau buruk tidak dipedulinya
Apa yang penting ialah susunya
Itulah saja yang dikehendakinya
 
Cinta sebenar terhadap ibu
Bukanlah cinta kepada susu
Bukan susu hendak dituju
Tujuannya si empunya susu itu
 
Kalau ada cintakan tuhan
Bukan cinta kerana ganjaran
Bukan cinta kerana paksaan
Tapi cinta rela bukan sesuatu diharapkan.
 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!