Bilakah masanya yang paling tepat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bermakrifat kepada-Nya? Ada satu masa ketika kita terselamat dari maut, saat itu kita berasa mengenal Allah. Saat tragedi menimpa saudara-saudara kita yang memisahkan anak daripada bapanya, isteri daripada suaminya maka hati mula tersentuh dan bertanya: ”Bagaimana jika diriku yang ditakdirkan menanggungnya?” Saat itu tersingkap sedikit lagi jalan untuk mengenal Allah Taala. Begitu pula ketika sahabat rapat kita mengalami krisis kewangan, kehancuran rumah tangga ataupun sakit yang teruk.
Masa itu kita berasa sedih sekaligus syukur kepada Allah kerana menyelamatkan diri dan keluarga dari bala bencana. Terbuka juga jalan yang terang untuk mengenal Allah hingga saat-saat kita sendiri mengalami nasib yang sama. Dalam keadaan lemah barulah kita faham betapa kuatnya Allah Taala. Jika kita rasa tak berguna barulah kita tahu Kuasa Allah mengatasi segala kepintaran manusia.
Dia yang Maha Pengasih daripada siapapun yang mengasihi telah membuka hati kita untuk berusaha mengenali-Nya. Inilah makna perkataan ulama: ”Barangsiapa yang mengenal dirinya sendiri, maka dia mengenal Tuhannya.” Barangsiapa mengetahui bahawa dirinya tidak berdaya, bodoh, zalim, aib, serba kekurangan, miskin, hina dan hampa maka dia mengetahui bahawa Tuhannya memiliki sifat yang bertentangan dengan semua itu. Maka bertambah fahamlah dia tentang batas dirinya sendiri dan dia tidak boleh melampaui batasan itu. Akhirnya dia kembali kepada Allah Taala seraya menyebut segala kesempurnaan dan kebesaran-Nya kemudian menggantungkan harapan setinggi-tingginya kepada Allah, dia pula menyelam bersama rasa khauf yang amat dalam di lautan kekuasaan Tuhannya seraya mengikat lehernya dengan tali tawakkal, sedar akan kuasa gengaman Allah atas jiwa dan raganya.
Di lisan dan hatinya sentiasa terpahat firman Allah Taala: ”Katakanlah, tidak akan menimpa sesuatu atas kami melainkan apa yang telah Allah Taala tentukan untuk kami.”
Jiwa seorang hamba dipenuhi dua ilmu yang menerangi dirinya, sehingga gerak hati dan tubuh badannya dikawal oleh ilmu itu. Iaitu ilmu mengenal Allah dan ilmu mengenal diri sendiri. Kita membaca sirah para sahabat yang agung dalam mencari hidayah Allah. Begitu panjangnya perjalanan mereka menuntut ilmu mengenal Allah dan mengenal diri mereka sendiri hingga sanggup mengorbankan segala-galanya demi hidayah Islam yang teramat mahal harganya. Mereka hidup dalam kebencian dan penghinaan kaumnya, segala bentuk penindasan telah dirasai sampai ke suatu tahap Nabi SAW membenarkan kepura-puraan Ammar menyatakan kekufurannya di hadapan orang-orang kafir supaya mereka meringankan seksaan kepadanya, namun demikian Ammar terpaksa melihat sendiri perbuatan orang-orang kafir itu membunuh ibunya dengan cara yang amat memilukan. Saat diuji dengan seksaan mental yang lebih sakit daripada hirisan pedang semakin bertambahlah ilmu dan imannya kepada Allah. Hati yang menangisi kepergian sang bonda menyimpan cahaya hidayah yang semakin menyala. Di sini kita boleh merasa kekuatan iman dan ilmu itu bergantung kepada hebatnya ujian yang diderita hati dan tubuh badan orang beriman.
Memiliki kekuatan ilmu sentiasa menjadi matlamat hidup para sahabat Rasulullah SAW, sehinggakan Abu Darda RA pernah berkata: ”Alangkah hebatnya tidur dan tidak puasanya orang-orang alim kerana ia lebih baik daripada bangun malam dan puasanya orang-orang bodoh, sesungguhnya ibadah orang yang bertakwa meskipun sedikit lebih utama daripada ibadah orang-orang yang tertipu.”
Perkataan ini bernilai tinggi dan ia menunjukkan kesempurnaan kefahaman dan ilmu para sahabat baginda SAW. Makna ungkapan itu ialah manusia hanya boleh melalui jalan menuju Allah dengan ilmunya yang menerangi hati hingga mencapai darjat takwa. Sedangkan amal yang dilakukan tanpa ilmu, kefahaman dan penghayatan nyata sia-sia bagi pelakunya. Sesungguhnya mengenal Allah bukan dengan cara ketundukan jasad saja hingga membiarkan hati lalai kerana tiada ilmu. Tetapi cara makrifat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabatnya bermula dari hati yang hidup dengan ilmu. Bukan dari mimpi-mimpi pelik yang seolah-olah mendengar suara ghaib lalu mula menambah-nambah amalan hingga melebihi batas kemampuan dan menyalahi sunnah Rasul SAW, akhirnya terjerumuslah dalam ’talbisul iblis’ penyamaran syaithan yang menipu hamba yang jahil ini.
Untuk mendapat darjat makrifat kepada Allah cukup dengan mengikut sandaran Al-Quran dan petunjuk Rasul SAW, sunnah khulafaur rasyidin, tabi dan tabiin. Tiada yang lebih sempurna dari ajaran baginda SAW. Sesiapa yang mengambil selain itu seakan-akan berjalan tanpa arah tujuan yang membawa kepada keletihan dan kepayahan, jauh sekali merasa tenteram dan tenang dalam hatinya. Kerana yang mengisi hati itu bukan ilmu Allah melainkan rasa was-was yang ditiupkan syaitan laknatullah, betapa merbahayanya hati yang sepi dari ilmu dan hidayah Allah Taala.
Ada pula yang berjalan menuju Allah tetapi tersekat di tengah jalan kerana hawa nafsu, harta dunia, pengikut-pengikut, jawatan dan pangkat, pujuk rayu wanita, perhiasan dan hiburan yang melalaikan. Jika dia berhasil merobohkan sekatan itu maka dia telah lulus menuju ke tingkat yang lebih berat lagi. Hingga dia sampai kepada keredaan Allah di akhir hayatnya.