Hati siapa takkan tertarik melihat kemilau dunia berada di depan mata, tangan pun mengambil harta benda yang boleh mendatangkan kenikmatan. Perhiasan-perhiasan dipakai untuk menunjukkan darjat yang tinggi dan gelaran orang kaya jadi sebutan orang ramai. Indahnya dunia bagi si kaya.
Al-Qarni pernah menulis tentang perbezaan si kaya dan miskin “Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang wara’ dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembab. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. ” Kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya.
Allah Taala menggariskan takdir setiap manusia ketika di dalam perut ibunya, kaya dan miskin menguji tahap keimanan seseorang. Tak semestinya yang kaya kurang iman dan yang miskin pula kuat imannya atau pun sebaliknya. Mungkin dulu saat tak ada duit banyak kita sering gelisah dan marah dengan takdir Allah, apabila duit banyak pula lupa daratan dan tak tahu bersyukur. Boleh jadi juga masa susah dekat dengan Tuhan tetapi dah hidup senang tak sempat pula menikmati ibadat sebab terlalu sibuk. Semua itu adalah pilihan masing-masing. Allah berhak menguji iman hamba-Nya dengan kekayaan atau kemiskinan.
Begitulah hakikat kehidupan, manusia digesa untuk berusaha ke arah mempertingkatkan taraf hidupnya. Supaya dunia digenggam dalam tangan dan akhirat bertahta di hati. Rasulullah SAW bersabda ketika baginda menziarahi kubur kaum muslimin bersama sahabatnya: “Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah ditawarkan dunia beserta seluruh isinya, lalu aku disuruh memilih antara dunia atau berjumpa dengan Allah Taala masuk ke syurga-Nya. Abu Muwaihibah berkata: “Wahai Rasulullah ambillah dunia ini dahulu kemudian baru engkau meminta syurga.” Bagimda bersabda: “Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku memilih berjumpa dengan Tuhan dan masuk ke syurga-Nya.” (Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad)
Nyata betapa murahnya harga dunia ini dibandingkan dengan kenikmatan syurga Allah. Maka tak hairan jika orang kaya yang beriman tidak sayang dengan hartanya ketika berbelanja di jalan Allah. Begitu pula si miskin yang kaya hati tak berubah imannya ketika susah atau pun senang tetap berkorban di jalan-Nya. Kaya dan miskin hanya sekadar status yang tidak merisaukan sedikit pun bagi mereka yang beriman. Begitu juga ketika mereka dibangkitkan nanti di hari pembalasan.
Sebagaimana sabda baginda SAW: “Pada hari kiamat, dihadapkan seseorang yang paling kaya di dunia sedangkan ia calon ahli neraka. Maka dicelupkan orang itu ke dalam api neraka sebentar kemudian dikeluarkan dan disoal: “Wahai anak Adam, pernahkah kamu (semasa di dunia dahulu) merasakan kesenangan dan kebahagiaan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Kemudian didatangkan seseorang yang sangat menderita hidupnya di dunia sedangkan ia calon ahli syurga. Kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, pernahkah kamu merasakan dan menderita kemalangan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku aku tidak pernah menderita sama sekali. (Hadis riwayat Muslim)
Nikmat akhirat telah menghapus ingatan si miskin tentang penderitaannya dahulu di dunia, sedangkan si kaya pula terlupa bahawa dia pernah berada di puncak kenikmatan dunia saat merasai azab Tuhan di akhirat. Bagaimana pula dengan ingatan kita, adakah ia akan hilang seketika, kuasa apakah yang begitu hebat menghapus memori dunia dari akal fikiran kita? Betapa dahsyat dan ngerinya peristiwa hari kebangkitan. Tetapi begitu mudah manusia melupainya.
Peristiwa hari pembalasan terlalu segar dalam ingatan para sahabat baginda SAW sesegar ingatan kita tentang jumlah harta yang tersimpan hasil jerih payah sendiri. Mereka melihat akhirat dengan begitu terang seolah-olah menyaksikannya dengan imbasan gambar yang hidup. Sedangkan hati mereka mengingati firman Allah Taala yang bermaksud:
“Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah al-hadiid ayat: 20)
Mereka yang miskin berbondong-bondong mencari keredhaan Allah dengan sedaya upaya bahkan pernah ayat Al-Quran turun disebabkan tangisan mereka yang tidak dapat bersedekah disebabkan tidak memiliki apa-apa. Sedangkan di kalangan sahabat yang kaya berlumba-lumba mengeluarkan bantuan untuk kemenangan Islam. Pernah suatu ketika penghulu orang-orang miskin mengadu kepada baginda Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah memborong semua pahala dan tingkat-tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi. Rasulullah bertanya: Mengapa demikian? Mereka berkata: Mereka solat sebagaimana kami dan puasa sebagaimana kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu. Rasulullah SAW bersabda: Sukakah aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama dari kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu? Mereka menjawab: Baiklah, Wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Bertasbih, takbir dan tahmid selepas sembahyang 33 kali. Kemudian setelah itu mereka kembali lagi dan berkata: Wahai Rasulullah, saudara-saudara kami orang-orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga. Rasulullah bersabda: Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut menegaskan betapa beruntunganya menjadi orang kaya yang beriman dibandingkan si miskin yang jauh ketinggalan dalam berbuat kebajikan. Namun tidak dinafikan ujian harta amat berat dibandingkan ujian kesusahan, kerana harta ramai orang terpedaya dan menggadai iman. Memang sepatutnya si kaya layak mendapatkan kelebihan dibandingankan yang miskin jika mereka beriman kerana harta itu bagaikan rantai besi di lehernya yang mengikat dengan keras dan menyakitkan.
Kaya dan miskin semua itu kurniaan Allah Taala, yang menyelamatkan hanya amal salih dan hati yang suci seraya tunduk kepada-Nya. Jika si miskin berangan-angan betapa indahnya hidup menjadi orang kaya sesungguhnya si kaya juga tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan berangan alangkah mudahnya jika hidup miskin, tak payah fikir dan cari susah-susah. Bukankah dunia ini sememangnya sekadar mainan?