REZEKI YANG DIBERKATI

REZEKI YANG DIBERKATI
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya, tanpa keberkatan, hidup akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Cara-cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah
  • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
  • Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.
  • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
  • Selalu bersedekah kepada anak yatim / miskin. insyaallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
  • Ikhlaskan pemberian hanya kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah seharusnya di mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
  • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia- tetepi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar islam.
  • Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhan ku, Kurniakanlah ganti kepada Orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)", Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Rasaulullah saw bersabda "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api" Sedekah walaupun kecil, amat berharga disisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas, Insyaallah rezeki yang dikurniakan oleh allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.Amalkan ilmu yang ada , Kelak Allah akan menambahkan ilmu lagi.Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, kelak Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!