Nilai Seorang Manusia




Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

Pengajaran Hadith:

1.Setiap manusia nilainya yang paling utama
terletak pada amal perbuatan yang
dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya.
Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia
pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

2.Namun pada pandangan Allah S.W.T selain
daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang
terpenting adalah pada niat orang yang
melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.


3.Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu
perkara dilakukan iaitu sejauh mana
keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang
ada ¡®udang di sebalik batu¡¯ tidak boleh
dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud
ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu
kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu
sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain
daripada balasan Allah S.W.T.

4.Lawan ikhlas adalah riyak iaitu membuat
sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk
menunjuk-nunjuk (mengampu atau
membodek). Sifat ini akan menolak pahala
daripada Allah S.W.T.

5.Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia
tidak akan melaksanakan kerja yang
diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di
tangga atau bukan semata-mata kerana upah
yang diterimanya setiap bulan bahkan dia
menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah
di mana wajib ke atasnya melaksanakan
tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan
memuaskan.

6.Bekerja dengan niat yang ikhlas akan
meningkatkan produktiviti dan dapat
menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di
mana keikhlasan akan dapat menjamin
kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Justeru, marilah kita sama2 merenung, muhasabah n mperbaiki diri kita agar menjadi manusia yg amat bernilai n berguna pada agama, keluarga n masyarakat.

InsyaAllah, smoga kehidupan kita senantiasa diberkati oleh Allah s.w.t...Amin...;)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!