Setiap manusia pasti menyimpan kenangan tentang detik yang paling bersejarah dalam hidupnya. Umpamanya kenangan ketika pertama kali berjumpa pujaan hati atau saat-saat manis menggenggam kejayaan dalam pendidikan, kerjaya atau kerjaya dalam bidang yang diceburi. Kebahagiaan itu terpancar bersama kesyukuran. Hingga ke hari ini, terlalu banyak detik bahagia yang pernah dilalui. Bagi seorang mukmin, sebenarnya ada saat-saat yang terlalu istimewa dan tidak dapat dibeli dengan dunia dan segala isinya. Ia terlalu mahal dan tidak mungkin sesiapa pun dapat memperoleh kemanisan itu dengan tangannya sendiri. Kerana ia adalah suatu anugerah terhebat dalam sejarah kehidupan manusia.
Inilah yang disebut sebagai saat bersejarah ketika hati menadah titisan hidayah Allah SWT. Kali pertama bisikan kebenaran mampu melapangkan hati nurani kita, sehingga tiada terdetik pun keinginan kecuali kepada Allah Taala dan dia menjadi cukup bahagia menjadi hamba-Nya saja. Padahal ketika itu kebanyakan manusia berkeinginan kepada dunia dan bercita-cita menjadi Raja. Perasaan ini pernah hadir di hati Umar al-Khattab yang pernah membenci Allah dan Rasul-Nya pada peringkat awal tetapi setelah mendengar bisikan hidayah melalui alunan nada keramat Kalam Allah, beliau hanyut di dalam kolam hidayah yang mensucikan jiwanya. Demikianlah keadaan manusia jika Allah SWT menghendaki, maka tiada sesiapa yang mampu menghalang dan jika Allah SWT menolak, tiada sesiapa boleh memujuk. Betapa bernilai setiap detik yang mengandungi hidayah bagi setiap insan.
Namun demikian, ramai manusia yang bukan hanya sekali mendapat hidayah bahkan berkali-kali diberi peluang sepanjang hidupnya. Cara hidayah Allah SWT diturunkan kepada manusia bermacam-macam, ada yang diuji supaya bertaubat tetapi dia hanya sedar pada saat goncangan pertama sahaja. Sesudah badai berlalu dalam hidupnya dia pun kembali tenggelam dalam kenikmatan yang alpa. Sayang sungguh jika hidayah itu hinggap sebentar saja, kemudian terbang entah ke mana. Manusia yang lalai ini beralasan hatinya belum terbuka, jiwanya tidak siap menerima perubahan dan dia masih menunggu hidayah Allah SWT yang lain untuk mensucikan jiwa raganya. Maka insan istimewa ini menunggu sepanjang hidupnya, menghitung hari sambil melayan keinginan nafsunya yang tidak pernah puas menikmati dunia. Seolah-olah segala apa yang dia mahu Allah akan makbulkan. Terbuka jalan selebar-lebarnya untuk mendapat apa-apa saja keinginan, tetapi sayang hanya satu yang Allah tak bagi, satu yang teramat mahal bernama hidayah. Ditutup pintu hidayah dalam hatinya sehingga dia tak pernah merasai puncak kenikmatan yang dirasai oleh orang-orang beriman.
Hidayah adalah milik Allah Taala. Sesiapapun tidak berkuasa memberi hidayah kepada sahabatnya, isteri, anak atau ibu bapanya sendiri. Hal ini dinyatakan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya yang bersedih kerana bapa saudara yang dikasihi tidak mahu menerima Islam. Begitu pula dalam kisah Asiyah yang beriman tidak dapat menolong suaminya yang teramat kufur dan anak Nabi Allah Nuh AS yang tenggelam tidak mahu menerima keimanan, walaupun bapanya seorang Rasul. Bahkan Allah Taala menegaskan dalam firman-Nya tentang orang-orang yang menolak hidayah Allah, maksudnya: ”Kalau kami turunkan Malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan kami kumpulkan pula segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah Al-An’am ayat: 111)
Di dalam hati kita sentiasa terdengar bisikan iman yang merupakan hidayah Allah. Sejauh mana seseorang mahu mendengar bisikan hidayah, itu adalah pilihannya sendiri. Tidak akan kekal iman yang dipaksa dan tidak akan kukuh keyakinan kerana terpaksa. Biarlah hidayah itu berakar kuat di dalam hati. Tetapi jangan pula hanyut dalam angan-angan tanpa usaha mendapatkan hidayah. Sesungguhnya hidayah itu mesti dicari, digenggam dan dikekalkan selama-lamanya di dalam kehidupan. Kerana iman sifatnya relatif berubah-ubah, mengikut masa dan keadaan. Ada yang tetap iman dan semakin tinggi darjatnya. Ada pula yang sekali melonjak hingga ke puncak, lama kelamaan pudar ditelan gelombang kehidupan. Setiap insan berada di atas dua pilihan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Syurga itu lebih dekat kepada seseorang daripada tali kasutnya dan demikian juga dengan neraka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Bagi yang telah memiliki iman atau hidayah kurniaan Allah Taala, sesungguhnya iman itu tidak cukup sekadar melahirkan tangisan sekejap atau kesedaran yang hanya sebentar. Manusia hendaklah mengekalkan hidayah yang menerangi hatinya, sekaligus menambah kualitinya supaya cabaran kehidupan tidak bisa memperdaya diri. Hanya satu jalan mencari hidayah Allah SWT iaitu dengan mendekati para ulama yang ikhlas dan menuntut ilmu agama yang bersandar kepada al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Begitu juga berusaha dengan bersungguh-sungguh meletakkan diri dalam kalangan orang-orang yang saleh, penuntut-penuntut ilmu yang ikhlas dan pembela agama Allah dalam bidang apapun.
Ilmu dan ulama adalah warisan para Nabi yang bertugas menunjukkan jalan yang diredai Allah Taala, sebagai penyambung mata rantai keimanan untuk memastikan agama Allah tetap hidup di atas muka bumi ini. Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis tentang keutamaan ilmu dalam kitab beliau yang bertajuk Shaydul Khatir; ”Ilmu telah membawa diriku menuju pengetahuan tentang Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya seraya melihat sifat-sifat-Nya. Hatiku juga merasai getaran-getaran kebesaran-Nya sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu sehingga kamu mengenal Allah? Aku pun menjawab: Sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku telah sampai ke destinasi, masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku: Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula pengetahuanmu tentang Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana cara mendekati-Nya. Besok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar firman-Nya kepada Nabi SAW: ”Katakanlah (Wahai Muhammad) Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Taha ayat: 14)
Setiap Muslim yang mahukan hidayah Allah tetap hidup di hatinya tidak dapat melalui jalan lain selain jalan ilmu. Menggali ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menjadi agenda terpenting dalam rutin hariannya. Bertanya dan mengkaji nilai-nilai Islam dengan penuh tanggungjawab serta mendekati para ulama yang ikhlas semata-mata kerana mahu membuka setiap pintu rahsia tentang mencintai Allah Taala. Sesungguhnya jalan yang terbentang luas di hadapan kita terlalu sulit dilalui. Hanya dengan bekal ilmu yang merupakan hidayah Allah SWT, setiap insan akan mampu menghabisi hari-harinya di dunia dengan selamat sehingga bertemu Allah dengan reda lagi diredai.