SEJARAH PEMBINAAN HIDRO-ELEKTRIK DI KAWASAN TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS

Pada 23 Jun 1963, Yang di Pertuan Agong pada masa itu, Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, membuka skim hidro-elektrik di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Projek ini bakal menambahkan 300 juta kWh elektrik setahun untuk bekalan Lembaga Elektrik Pusat (LLN) di negeri Selangor. Penggunaan utama tenaga yang dihasilkan adalah untuk perlombongan bijih timah pada ketika itu.

Gabungan firma Jerman Barat Hocktief - Philippe Holzmann memenangi kontrak untuk kedua-dua kerja kejuruteraan awam utama tersebut untuk Fasa 1 dan Fasa 2 yang bernilai $35.6 juta.

Teknologi tenaga elektrik berasaskan hidro(sungai) sangat penting bagi Tanah Melayu yang masih "mentah" dalam arus permodenan dizaman itu kerana negara ini tidak mempunyai bekalan kuasa seperti arang batu atau seumpamanya untuk pengeluaran tenaga.

Potensi untuk skim hidro-elektrik di Cameron ini telah lama diakui, tetapi sehingga pembukaan skim Cameron yang satu-satunya loji hidro-elektrik dengan ukuran yang hampir menyamai empangan di Chenderoh (1929) dan setelah tinjauan awal selesai, diputuskan bahawa walaupun Cameron Highlands jauh dari kawasan di mana daya permintaan diperlukan, skim hidro-elektrik ini tetap akan menghasilkan tenaga dengan lebih murah daripada sistem janakuasa yang baru.

Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pinjaman dari Bank Antarabangsa. (Commonwealth Development Finance Corporation)

Sebelum kerja awalan dapat dimulakan, pengalihan 3 sungai yang mengalir ke timur melalui Pahang ke sistem sungai yang mengalir ke arah barat Perak. Pengalihan itu dilakukan dengan menggerudi terowong Telom, yang sepanjang 6 1/2 batu dari Sungai Telom ke Robinson Falls.

Kerja-kerja bendungan mengalihkan perairan Telom melalui terowong, dan menghala ke terowong Kial (sepanjang 1/4 batu) membawa perairan Sungai Kial ke terowong Telom. Air yang kemudian dihantar melalui terowong Habu ke Empangan Habu, dan mengalir keluar ke Ringlet Reservoir yang mengawal bekalan air ke stesen janakuasa utama di Jor Power Station.

Untuk mencapai ke stesen janakuasa, air dihantar melalui terowong Bertam (sepanjang 4 1/2 batu) dan menurun dari ketinggian 1800 kaki ke Jor Power Station, yang berkedudukan 800 kaki di bawah permukaan tanah.
Air yang terus mengalir itu meninggalkan stesen janakuasa Jor dan melalui terowong sepanjang 1 1/2 batu dan menghala ke Sungai Batang Padang. (Skim Hidro-elektrik Batang Padang dibuka pada tahun 1968 dan memberikan 500 juta kWh lagi setiap tahun ke grid Lembaga Elektrik Pusat.)

Skim Hidro-elektrik Cameron Highlands ini sedikit sebanyak telah mengubah landskap asal di kawasan Habu tersebut. Damlet Falls Ring (jenis binaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet) yang dibina untuk membuat Ringlet Reservoir. Empangan yang setinggi 128 kaki itu memerlukan operasi pengalihan jalan dan pembinaan 2 jambatan besar. Empangan air yang bakal dibina di kawasan lembah itu bermaksud penduduk kampung Lubok Tamang harus dipindahkan. Penempatan semula ini melibatkan pemindahan di dua kawasan, di Lembah Telom (Batu 49) dan Lembah Bertam dan kabel dataran rendah juga perlu dibina dari Jor Power Station ke Connaught Bridge Power Station di Selangor. Ini juga memerlukan tanah seluas 3150 ekar dan pampasan perlu dibayar kepada tuan-tuan tanah yang terlibat dengan kawasan itu.

Tiang untuk jalur transmisi juga adalah direka dan dicipta khas mengunakan kayu, termasuk dengan alang untuk mengantung wayar di tiang kerana kekerapan berlakunya kilat/petir di Malaysia.

Projek ini juga telah terjadi beberapa kematian melibatkan penduduk tempatan dan juga orang Jerman dan pernah juga berlaku kes mogok oleh pekerja selepas pertikaian gaji yang tidak setimpal.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!