TikTok Mempertimbangkan Memanjangkan Durasi Video Hingga 10 Minit


Tahun lepas, TikTok mengumumkan ia memanjangkan panjang video daripada 1 minit kepada 3 minit. Sejak Ogos lalu, TikTok telah meningkatkan lagi tempoh video kepada 5 minit.


TikTok juga merintis video 10 minit untuk sekumpulan kecil pengguna.


Perubahan ini dibuat memandangkan pesaing TikTok sebelum ini mengeluarkan versi perkhidmatan video pendek masing-masing. Instagram, sebagai contoh, mengeluarkan Reels.


Baca Juga: Facebook Reels Diperkenalkan Untuk Pengguna Di Malaysia


Snapchat mempunyai Spotlight dan YouTube mempunyai Shorts. Semua platform ini menyediakan video pendek, yang berdurasi satu minit.


Sesungguhnya, perkhidmatan video pendek telah menjadi semakin popular sejak ia mula-mula dilancarkan. Firma analitis video Conviva menyatakan bahawa 12 peratus video di YouTube pada 2021 berdurasi kurang daripada satu minit.


Baca Juga: Xiaomi Umum Kerjasama Dengan YouTube 3 Bulan Akses YouTube Premium Percuma


Kini, dengan lebih 1 bilion pengguna TikTok di seluruh dunia, platform video pendek ini cuba memanfaatkannya sepenuhnya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!