YouTube Kemaskini Aplikasi Bagi Memudahkan Sambungan Ke TV Dari Peranti Android dan iOS

YouTube Kemaskini Aplikasi Bagi Memudahkan Sambungan Ke TV Dari Peranti Android dan iOS

Sudah 12 tahun aplikasi YouTube ditawarkan pada televisyen pintar. Tetapi selama ini peranti pintar dan TV perlu menggunakan rangkaian WiFi yang sama sebelum kandungan dari peranti boleh dipancarkan ke TV. Hari ini aplikasi YouTube dikemaskini untuk memudahkan proses ini.

Apabila aplikasi YouTube dibuka pada peranti Android dan iOS, ia akan mencari sama ada akaun turut sedang digunakan pada sebuah TV pintar. Sekiranya ye sebuah skrin pop naik akan muncul dalam aplikasi yang menanyakan sama ada anda mahu melakukan sambungan ke TV. Tekan sahaja butang Connect dan kini proses menayangkan video ke skrin lebih besar boleh dilakukan.

YouTube Kemaskini Aplikasi Bagi Memudahkan Sambungan Ke TV Dari Peranti Android dan iOS

Pada televisyen pula, pengguna akan disarankan untuk membuka aplikasi telefon pintar untuk melakukan pembelian produk yang mungkin sedan dipaparkan dalam video. Dengan interaksi seperti ini, menonton video YouTube tidak lagi pasif.

Menurut YouTube ciri menyelarikan ini adalah menggunakan akaun pengguna. Telefon pintar masih boleh memancarkan kandungan ke TV walaupun menggunakan rangkaian selular sahaja dan kedua-dua peranti tidak berkongsi WiFi yang sama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!