Pelajar Malaysia Ini Dipilih Oleh Tesla Sebagai Pengajar Robotik


Ya Tesla.. Bukan calang2 syarikat, pemiliknya Elon Musk kini adalah manusia terkaya didunia. Bagaimana beliau lakukannya?

Cik Fakhirah Khairuddin adalah bekas pelajar di MRSM (Maktab Rendah Sains) Kota Putra (Ulul Albab).

Selepas menamatkan pengajian, dia melanjutkan pelajarannya di Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego (ditaja oleh MARA).

Beliau kemudian mengambil Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California, San Diego (ditaja oleh UC).

Mendapat pekerjaan di Tesla tidak mudah tetapi beliau mempunyai pengalaman teknikal yang luas seperti:

✅ Pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California; di mana beliau menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.

✅ Beliau juga memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 bersaing dengan 50 pasukan lain; projek beliau adalah lengan robotik. Hebat tu.

✅ Beliau adalah ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.

✅ Beliau merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks, mempersembahkan konsep baharu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk melalui lelaran.

... dan banyak lagi!

Tidak hairanlah Tesla mengambil beliau untuk bekerja bersama mereka!

Beliau kini tinggal di Fremont, California dan bekerja sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla, mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

Tahniah Cik Fakhirah! Semoga pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai kita di sini lebih berminat kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!