Kekayaan Pengasas Shopee Pada Hari Ini

Shopee kini merupakan platform e dagang atas talian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan penawaran menarik, voucher penghantaran percuma dan bnyak lagi.

Shopee dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Sea Ltd. Syarikat ini juga memiliki platform permainan atas talian iaitu Garena.

Pengasas kedua-dua platform popular ini ialah Forest Li Xiaodong. Beliau yang lahir pada tahun 1977 dan berasal daripada wilayah Tianjin, China.

Selepas menamatkan pengajian tinggi daripada Shanghai Jiaotong University dan juga Stanford Graduate School of Business, beliau telah berpindah ke Singapura.

Jika menurut data terkini, pengasas Shopee dan Garena ini telah menjadi manusia paling kaya di Singapura dengan nilai kekayaan $19.8 bilion.

Pada hari ini, Sea Ltd antara syarikat teknologi yang bernilai tinggi di rantau Asia Tenggara dengan hasil dua platform atas talian dibawahnya.

isamping itu juga, mereka mempunyai SeaMoney untuk tujuan kewangan digital dan tidak hairanlah nilai kekayaan Forest Li melonjak tinggi.

Kini, Shopee juga dalam perancangan untuk memperkenalkan Shopee Food dengan memfokuskan kepada ShopePay seperti Grab yang mempunyai Grabpay.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!