Realme Pad Bakal Dilancarkan Secara Rasmi

Selain daripada dua telefon pintar di bawah siri Realme 8, jenama ini turut sama melancarkan tablet pertamanya iaitu Realme Pad pada 9 September kelak. Dapat dilihat, rekaan yang nipis merupakan antara fokus utama Realme pada tablet berkenaan.

 

 

Ia akan menampilkan reka bentuk yang mesra pengguna bagi memudahkannya untuk dibawa, dipegang dan sebagainya. Melaluinya, ketebalan Realme Pad hanyalah sekitar 6.9mm yang mana lebih nipis berbanding pesaing terdekat. 

Kemasannya juga kelihatan kemas dengan bahan binaan seakan logam. Di samping, modul kamera yang agak tebal pada panel belakang.

 

Realme tidak berkongsi sebarang informasi lanjut mengenai spesifikasi pada tablet.

Namun begitu, ia dipercayai menggunakan paparan AMOLED bersaiz 10.4-inci beresolusi FHD+. Seterusnya, ia juga dijangka dilengkapi cip MediaTek Helio G80, memori 4GB RAM, storan dalam 64GB, empat pembesar suara dan sokongan stylus.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!