WhatsApp Membolehkan Anda Menyembunyikan “Last Seen” Daripada Beberapa Orang

WhatsApp pada hari ini membolehkan anda menyembunyikan paparan “Terakhir Dilihat” atau “Last Seen” daripada semua orang, kenalan anda, atau tidak memaparkan ia kepada sesiapa.

Dengan langkah ini, ia membolehkan orang lain mengetahui bilakah kali terakhir anda aktif pada perkhidmatan permesejan berkenaan.

Menariknya, bergerak ke hadapan, WhatsApp dilihat ingin menambah satu lagi pilihan, iaitu membolehkan semua kenalan anda melihatnya, kecuali beberapa individu yang anda senaraikan.

Ia akan membolehkan sejumlah rakan-rakan dan ahli keluarga kekal melihat status kali terakhir anda aktif di WhatsApp, dan hanya menyembunyikan ia dikalangan beberapa pengguna yang anda tidak benarkan.

Buat masa ini, ciri ini dalam peringkat pembangunan, dan dijangka diaktifkan kepada semua tidak lama lagi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!