Xiaomi Mi Smart Band 7 Pro Penjejak Kesihatan Mampu Milik

Xiaomi Mi Smart Band 7 Pro Penjejak Kesihatan Mampu Milik

Xiaomi Mi Band, atau kini digelar sebagai Xiaomi Smart Band adalah penjejak kesihatan mampu milik yang cukup populer. Ini kerana ia mempunyai ciri dan fungsi yang mencukupi untuk menjejak kesihatan pengguna, saiz kecil, bateri tahan lama serta memberikan pengalaman penggunaan yang baik dan mudah untuk digunakan.

Model terkini adalah Xiaomi Smart Band 7, yang sudah bertahun menggunakan rekaan sama sejak Mi Smart Band 5. Bezanya adalah skrin lebih besar dan mempunyai lebih banyak aplikasi terbina. Di Malaysia ia dijual pada harga RM199.


Xiaomi akan menawarkan dua pilihan warna, sama ada emas atau hitam berkilat. Masih tidak ada sebarang informasi mengenai penjejak kesihatan ini. Tetapi ia berkemungkinan mempunyai ciri sama dengan Smart Band 7 dengan skrin besar, muka jam lebih baik dan mungkin beberapa ciri dan fungsi yang akan menjadi eksklusif untuk model lebih premium.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!