Switch To Android Untuk iPhone Kini Menyokong Semua Peranti Android 12

Google telah memperkenalkan aplikasi Switch To Android untuk pengguna iPhone berhijrah ke Android. Ketika pelancaran, aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk pengguna iPhone bertukar ke peranti Google Pixel.

Kini selepas lebih dua bulan menjadi eksklusif kepada pengguna Pixel, aplikasi ini sudah boleh digunakan untuk semua peranti Android yang menjalankan Android 12. Ini bermakna, jika anda menggunakan iPhone anda sudah boleh tukar ke peranti Android dengan mudah.

Switch To Android Untuk iPhone Kini Menyokong Semua Peranti Android 12

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh memindahkan gambar, video, senarai buku alamat, kalendar dan WhatsApp. Ia turut akan membantu pengguna dalam melakukan tetapan awal. Google turut berkongsi faedah jika pengguna iPhone berpindah ke Android.

Antara faedah yang pengguna iPhone boleh dapat adalah penggunaan RCS, privasi lebih baik, ekosistem yang semakin memudahkan pengguna dan banyak lagi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!