Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : "Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya?"
Beliau menjawab : "Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :
PERTAMA- Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
KEDUA- Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
KETIGA- Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
KEEMPAT- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
KELIMA- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
KEENAM- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
KETUJUH- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
KELAPAN- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
KESEMBILAN- Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
KESEPULUH- Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka."
Wallahu A’lam….