Jadikan Telefon Pintar Anda Sebagai Sebuah Kamera CCTV


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami kongsikan khusus kepada anda yang memerlukan penggunaan kamera CCTV segera disaat kecemasan. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda dapat menjadikannya sebagai sebuah CCTV yang sangar efektif.
Kaedah ini sangat sesuai digunakan dirumah mahupun tempat kerja sekiranya anda dapati ada sesuatu yang mencurigakan seperti berlakunya aktiviti kecurian dan lain-lain. Dengan menggunakan Telefon pintar sebagai CCTV juga dapat mengelakkan atau
menyukarkan ianya dikesan kerasa siaznya kecil dan tidak mempunyai wayar yang jelas kelihatan seperti CCTV bangunan yang lain.
Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Muat turun dan pasang aplikasi Manything daripada Playstore.
Langkah 2
Setelah siap pasang, anda terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar sebelum boleh menggunakan aplikasi tersebut. Boleh sahaja daftar menggunakan akaun Facebook.

Langkah 3
Seterusnya anda perlu memilih menu Camera pada paparan berikut.

Langkah 4
Aplikasi tersebut akan mengakses ke fungsi kamera peranti anda, apa yang perlu dilakukan ialah tekan sahaja butang merah untuk memulakan rakaman.

Langkah 5
Seterusnya beralih kepada PC yang anda ingin gunakan, log in ke laman sesawang manything.com dengan menggunakan akaun yang sama seprti yang anda guna pada peranti android anda tadi. Sekiranya anda mempunyai telefon lebih daripada satu, boleh sahaja akses kamera tersebut menggunakan peranti android yang lain dengan menggunakan aplikasi yangs sama.

Langkah 6
Selesai, sekarang anda boleh mengawasi rumah ataupun mana-mana tempat yang anda kehendaki.
Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!