Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar


 Peranti seterusnya yang akan dilancarkan oleh Facebook mungkin ialah sebuah jam tangan pintar.Menurut laporan The Information, Facebook sedang membangunkan sebuah jam tangan pintar yang berasaskan sistem operasi Android yang diubahsuai.Terdapat sokongan selular dan Messenger secara terbina. Ini membolehkan pengguna jam tangan ini menjejak aktiviti sukan yang dilakukan oleh rakan-rakan Facebook dan juga menghubungi pelatih ketika sesi bersenam misalnya. Pada waktu yang sama sebuah sistem operasi kendiri juga dibangunkan oleh Facebook supaya mereka tidak bergantung kepada Android.


Bagi membolehkan produk ini bersaing dengan pasaran jam tangan pintar yang kini amat kompetitif, ia akan dijual pada harga yang lebih mampu milik. Ini ialah usaha pertama Facebook untuk memasuki arena peranti boleh-pakai. Adakah pengguna akan kembali percaya kepada mereka untuk berkongsi data peribadi. Ia perlu berjaya supaya tidak mengikuti langkah HTC First, telefon pintar berasaskan Android mereka sebelum ini .


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!