JPJ pasang kamera, saman kesalahan pengguna


 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal terus melaksanakan inovasi bagi memastikan pematuhan rakyat terhadap undang-undang jalan raya di tahap maksimum.

Terbaharu, anggota Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ dilengkapi dengan alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

Difahamkan, perakam video yang diletakkan di bahagian topi keledar anggota JPJ itu akan merakam pelbagai kesalahan pengguna termasuk tidak memakai topi keledar.

Seterusnya, video yang dirakam itu akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya.

Menerusi satu video berdurasi satu minit 40 saat yang tular di laman sosial media, beberapa pengguna jalan raya telah disaman oleh JPJ berikutan tidak memakai topi keledar.

Tindakan mereka itu turut dirakam menerusi rakaman video dan dihantar kepada sistem JPJ untuk urusan saman.

‘Abang tunggu saya hantar surat, saya sudah rekod (kesalahan tidak pakai topi keledar,” kata anggota JPJ itu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!