Terdapat perubahan secara mengejut yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkenaan dengan pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April.
Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan.
Namun, disebabkan kriteria i-Sinar yang akan dimansuhkan, jadual pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac dan April akan berubah serta diawalkan iaitu pada 19 Februari.
Perubahan Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April
Mengikut jadual asal diatas, pembayaran bulan Februari telah bermula pada 2-15 Februari lalu.
Manakala pembayaran i-Lestari untuk bulan 3 sebelum ini akan bermula pada 1-10 Mac 2021.
Namun disebabkan perubahan jadual yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada
- 19 Februari 2021
- Ini bermakna anda akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari (Pembayaran Februari & Mac)
- Jika anda merupakan batch pertama i-Lestari, anda akan mula dibayar pada 19 Februari dan seterusnya mengikut batch masing-masing sebelum ini.
Disebabkan perubahan ini juga, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.
Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
- Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
- Klik captcha "saya bukan robot" dan klik butang semak.
Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
- Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan,
- Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
- Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
- Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
- Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
- PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI
Tags
KWSP