Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac


 

Pada 11 Februari lalu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan i-Sinar yang membuat para pencarum gembira membacanya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mengumumkan bahawa kelulusan tanpa syarat i-Sinar akan diluluskan dalam masa terdekat.
 
Oleh itu, pada 18 Februari KWSP telah membuat kenyataan rasmi tentang kemudahan kelulusan tanpa syarat i-Sinar.

Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pad
  • 8 Mac 2021
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat

Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran 
adalah mengikut jumlah simpanan seperti :
 
1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah 
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
  • Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.
2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
  • Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000
Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu 

Situasi A :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan 
  • Telah menerima interim RM 1,000
  • Permohonan sedang diproses
Jawapan :

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.

Situasi B :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
  • Belum menerima interim RM 1,000
  • Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan : 

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.


Situasi C :

Belum membuat permohonan i-Sinar 

Jawapan : 

Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac dan akan diberikan kelulusan.

Situasi D :

Baki akaun 1 kurang atau/dan umur berumur 55 tahun ke atas 

Jawapan :

Tidak layak memohon i-Sinar.

 

 

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!