Ketika seluruh rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka semakin ramai daripada kita memilih untuk memuat turun aplikasi TikTok bagi mengelakkan kebosanan yang melampau kerana sudah tepu duduk di rumah.
Secara tiba-tiba juga, aplikasi yang dahulunya sering dikecam oleh kebanyakan rakyat Malaysia kini semakin digemari ramai. Antara sebab video TikTok menimbulkan rasa bimbang adalah ianya menghilangkan rasa malu dalam diri, meningkatkan ketagihan penggunaan gadjet sehingga mengabaikan perkara-perkara lain serta tidak mempedulikan kualiti kehidupan persekitaran.
Bagi yang tidak tahu, aplikasi TikTok sebenarnya turut mengandungi video-video berfaedah seperti video masakan, pembelajaran dan sebagainya. Namun, disebabkan pengguna aplikasi ini lebih kepada golongan bawah umur, maka sebahagian besar daripada kita menyangka bahawa aplikasi TikTok ini adalah tidak baik dan hanya membawa pengaruh buruk.
BACA JUGA: Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?
Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana aplikasi ini mampu memberi inspirasi dan kebaian kepada pengguna
Saya pasti ramai yang tidak tahu siapakah pengasas dan sejarah di sebalik aplikasi yang semakin meningkat naik ini.
TikTok juga sebenarnya dikenali sebagai Douyin yang bermaksud video pendek vibrato. Aplikasi ini dilancarkan pada September 2016 oleh Zhang Yimin.
Namun tidak ramai yang tahu sebenanrya TikTok mempunyai nama yang lain. Pada awal September 2016, sebuah perusahaan asal China iaitu ByteDance telah melancarkan sebuah aplikasi video pendek yang kemudiannya dinamakan Douyin. Setahun kemudian, aplikasi Douyin ini dikatakan telah memiliki 100 juta pengguna dan satu juta tayangan video pada setiap hari.
BACA JUGA: Senarai Telegram Channel dan Group Malaysia
Oleh kerana aplikasi ini semakin popular, barulah Douyin mengembangkan aplikasi ini ke luar China dengan nama baru yang lebih menarik perhatian iaitu TikTok.
Pada mulanya aplikasi ini dilancarkan, TikTok dikatakan menjadi viral dan sangat terkenal khususnya di Jepun dan Thailand. Di Malaysia pula, aplikasi TikTok menjadi sebuah platform untuk mempromosikan jenama, program televisyen untuk meraih pengguna dan penonton yang lebih ramai.
TikTok telah menjadi aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di Apple Store dan Google Play Store pada tahun 2017.
Aplikasi TikTok ini juga merupakan satu platform media sosial yang dikatakan masa perkembangannya adalah yang paling cepat di dunia. TikTok membolehkan penggunanya untuk membuat video pendek berdurasi 15 saat yang di dalamnya turut disertai muzik, filter, bahkan beberapa ciri kreatif yang lain.
BACA JUGA: Dasar Baru WhatsApp Berlaku Selama Seminggu Lagi, Inilah Yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Menolak
Setelah empat tahun aplikasi ini dilancarkan iaitu pada tahun 2019, telah tercatat kira-kira 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia melalui aplikasi ini.
Jadi, adakah anda sebahagian daripada 500 juta pengguna aktif tersebut? Kongsikan pendapat dan pengalaman anda menggunakan aplikasi ini di ruangan komen di bawah.