Telegram Akan Menambah Ciri Panggilan Video Berkumpulan


 Telegram pada hari ini sedia menjadi sebuah platform sosial untuk bukan sahaja permesejan peribadi, tetapi juga berkumpulan, malah perbualan audio, selain baru-baru ini turut telah menambah ciri pembayaran.

Terbaru, pengasasnya turut mengatakan kelak pada bulan Mei 2021, Telegram akan menambah sokongan panggilan video berkumpulan pada platform mereka.

BACA JUGA :Pindahkan Chat dari WhatsApp ke Telegram

Ciri ini turut akan dilengkapkan dengan sokongan perkongsian skrin dan sekuriti penyulitan penuh. Telegram akan menawarkan sokongan ini pada bukan sahaja aplikasi mudah-alih, tetapi juga untuk desktop.

BACA JUGA:Senarai Group Iklan Bisnes Telegram Malaysia 2021

Dengan langkah ini, Telegram akan menjadi salah satu alternatif untuk sokongan panggilan berkumpulan – sekaligus menyaingi perkhidmatan berbayar seperti Zoom atau Google Meet.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!