“Cuba Google” ialah terma yang sering keluar dari bibir apabila ingin mencari maklumat yang tepat. Tetapi tidak semua maklumat yang dipaparkan menerusi carian Google adalah tepat. Menyedari hakikat ini Google Search mula memaparkan amaran sekiranya keputusan carian yang diberikan mengandungi maklumat yang tidak lengkap.
Ini mungkin berlaku sejurus selepas berlakunya insiden besar seperti pesawat terhempas, bencana alam dan situasi politik. Amaran akan menyarankan pengguna untuk melakukan carian sekali lagi dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Pada waktu ini ciri hanya akan dipaparkan kepada pengguna di Amerika Syarikat yang melakukan carian dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu.