MIUI 13 Global Diumumkan Kemas Kini Bermula Suku Pertama 2022

Sebagai tambahan kepada pengenalan peranti pintar hari ini, Xiaomi turut mengumumkan ketersediaan MIUI 13 untuk pengguna di pasaran global. Sistem operasi generasi baharu ini dikatakan hadir dengan peningkatan jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Ini termasuklah pengalaman penggunaan aplikasi yang lancar, storan lebih pantas, pemprosesan lebih baik dan jangka hayat bateri lebih lama.



Melaluinya, terdapat fungsi yang dinamakan sebagai Liquid Storage yang membolehkan pengurusan data pada peranti sehingga 60% lebih baik. Seterusnya, fungsi Atomized Memory pula membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan serentak, sekaligus membolehkan pengalaman multitasking yang lancar. Kemudian, fungsi Focused Algorithms pula mengutamakan aplikasi yang sering digunakan, dalam masa sama memastikan prestasi dioptimumkan sebaiknya. Terdapat juga fungsi Smart Balanced yang memanjangkan jangka hayat bateri.


Berikut adalah senarai penuh untuk peranti Xiaomi/Redmi terpilih yang akan menerima kemas kini :

  • Mi 11 Ultra
  • Mi 11
  • Mi 11i
  • Mi 11 Lite 5G
  • Mi 11 Lite
  • Xiaomi 11T Pro
  • Xiaomi 11T
  • Xiaomi 11 Lite 5G NE
  • Redmi Note 11 Pro 5G
  • Redmi Note 11 Pro
  • Redmi Note 11S
  • Redmi Note 11
  • Redmi Note 10 Pro
  • Redmi Note 10
  • Redmi Note 10 JE
  • Redmi Note 8 (2021)
  • Redmi 10
  • Xiaomi Pad 5


MIUI 13 yang berasaskan Android 12 ini akan mula ditawarkan bermula suku pertama tahun 2022. Latar masa pengedaran untuk peranti terpilih akan dikongsi dari masa ke semasa. Sekadar makluman, pengguna aktif bulanan untuk sistem operasi ini telah dicatatkan melebihi 500 juta setakat suku keempat 2021.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!